ULASAN ARTIKEL


ARTIKEL 1

PERANAN KEPIMPINAN GURU DALAM MEMPENGARUHI IKLIM BILIK DARJAH

ARTIKEL : https://www.scribd.com/doc/13720586/Kepimpinan-Guru-Dalam-Mempengaruhi-Bilik-Darjah

ULASAN

Artikel ini mengenai kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Kebanyakkan guru tidak mempunyai persepsi yang tepat mengenai kepimpinan bilik darjah. Berdasarkan artikel ini, guru beranggapan pihak pentadbir bertanggungjawab dalam hal yang berkaitan dengan dengan kepimpinan. Padahal, kepimpinan sebenar adalah tugas guru itu sendiri yang bertindak sebagai pemimpin semasa proses pengajaran.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa suasana sekolah banyak memberi impak ke atas kepimpinan sekolah dan bilik-bilik darjah. Guru perlu bertindak merefleksikan diri melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju kearah kepimpinan bilik darjah yang berkesan.

Pada pendapat saya, kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat bilik darjah malah memberi kesan keatas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut.



ARTIKEL 2

EQUITY IN THE CLASSROOM

ARTIKEL : http://www.nassp.org/portals/0/content/48814.pdf

ULASAN

Artikel ini membincangkan kepelbagaian tahap pembelajaran murid. Dewasa ini, murid-murid akan dikelaskan berdasarkan pencapaian mereka dalam pembelajaran harian. Adalah dipercayai bahawa murid-murid yang diagihkan ke kelas berdasarkan pencapaian murid dapat memudahkan guru-guru dalam menguruskan kelas, di samping meningkatkan pencapaian murid.

Namun demikian, terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa murid tidak sepatutnya dikelaskan mengikut tahap pencapaian mereka. Hal ini demikian kerana semua murid mempunyai hak yang sama untuk belajar dalam kelas yang sama tanpa sebarang diskriminasi. Kaedah mengelaskan murid secara sama adil dikenali sebagai kumpulan heterogen digunakan dipercayai mampu mewujudkan keadilan dalam kalangan guru, di samping menyediakan setiap murid dalam kelas yang mencabar.

Artikel ini juga turut mengetengahkan idea untuk memperkenalkan pengelasan murid secara heterogen tetapi menggunakan pendekatan arahan yang pelbagai, mengikut tahap murid yang berbeza-beza. Selain itu pendekatan stail pembelajaran yang pelbagai juga perlu diperkenalkan supaya tiada murid yang ketinggalan. Penilaian secara holistic juga sangat penting untuk menjamin ekuiti.

Pada pandangan saya, pengelasan murid berdasarkan kumpulan heterogen memerlukan tenaga pengajar yang lebih. Sepertimana pengajaran dan pendidikan di negara asing, di mana terdapat sekurang-kurangnya dua orang tenaga pengajar dalam sebuah bilik darjah. Saiz kelas yang kecil juga merupakan satu isu yang dipertikaikan. Sesungguhnya, saiz kelas yang kecil lebih baik jika dibandingkan dengan yang besar, namun ianya agak sukar dilaksanakan kerana memerlukan peruntukan kewangan yang agak banyak.



ARTIKEL 3

Beyond Access and Achievement: Equity Issues for Mathematics Teachers and Leaders

ARTIKEL : http://www.nctm.org/news/content.aspx?id=16245

ULASAN

Kajian ini menunjukkan perspektif guru terhadap penggunaan Bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik dan Sains. Tiga aspek yang dititikberatkan termasuklah persekitaran, pendekatan pengajaran dan pembelajaran, serta sikap murid. Malahan, artikel ini juga membincangkan aspek sudut persekitaran yang menyumbangkan pencapaian Matematik murid.

Terbitan ekuiti dahulunya dianggap wilayah khas sekolah-sekolah dan daerah dengan peratusan besar pelajar tinggi kemiskinan atau pelajar warna. Dewasa ini, pemimpin-pemimpin pendidikan mengakui bahawa ketidaksamaan wujud dalam semua konteks, dan pendidikan matematik kita menyedari bahawa pengajaran dan pembelajaran akan bertambah baik apabila kita memberi ekuiti perhatian yang sama bahawa kita menumpukan kepada kurikulum, pengajaran, dan penilaian.

Atas sebab ini, Persatuan Matematik Guru Pendidik (AMTE), Majlis Kebangsaan Penyelia Matematik(NCSM) dan NCTM telah dibuat semua ekuiti keutamaan. Ekuiti adalah salah satu daripada empat prinsip-prinsip kepimpinan dalam Rangka Kerja Kepimpinan PERDANA NCSM ini: Prinsip dan Petunjuk untuk Pemimpin Pendidikan Matematik (NCSM 2008), yang menarik kepada penyelidikan untuk menggariskan tindakan dan tanggungjawab yang akan menggalakkan perbualan profesional fokus mengenai ekuiti.

Pada hemat saya, sebagai guru, kita haruslah menyediakan persekitaran yang kondusif, mempunyai sikap yang positif dalam kalangan guru dan mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam membantu murid meningkatkan prestasi murid dalam Sains dan Matematik.

No comments:

Post a Comment