ISU AKSES DAN EKUITI
Objektif Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 ialah memahami prestai dan cabaran
semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada
pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian
(ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan
kecekapan sistem. Pelan ini juga berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan
teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara
keseluruhan, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Menjelang
tahun 2020, 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada
prasekolah hingga menengah atas. Kerajaan juga berusaha untuk mengurangkan
jurang pencapaian antara bandar-luar bandar, sosioekonomi dan gender sehingga
50%.